Khasiat Lemon yang Dibongkarkan Kebaikannya

ASAL USUL LEMON

Lemon pertama kali ditemui di India Utara, China dan Burma, dan diperkenalkan di Parsi, negara-negara Arab, Iraq dan Mesir di sekitar 700 Masihi.
Lemon adalah bahan utama untuk pelbagai hidangan.

Oleh itu, minuman yang terbuat dari lemon mula diperkenalkan pertama kali ditemui iaitu di Utara India.

Tapi ternyata, buku tentang penemuan lemon terdapat dalam skrip di Mesir, sehingga Mesir menyatakan bahawa lemon berasal dari negaranya.

Dikatakan oleh para petani Mesir bahawa mereka minum minuman yang terbuat dari lemon dan madu hampir setiap saat.

Namun, beberapa orang juga percaya bahawa lemon dijumpai di Perancis pada abad ke 16.
Di Kaherah, lemon menjadi minuman kegemaran. Lemon pun secara perlahan mula diperkenalkan di negara-negara di seluruh dunia.

Kini, kita boleh mencari pelbagai jenis minuman lemon di pasaran.
Lemon-lemon itu boleh didapatkan dengan rasa original atau berupa campuran dengan buah lain. Yang bersoda ataupun dengan gula biasa.

Pembungkusan lemon seperti itu sangat popular di Eropah.
Lemon tradisonal dibuat tanpa campuran apa-apa dan banyak dijumpai di USA, India dan Canada.
Di Indonesia, minuman seperti ini juga boleh dijumpai dalam (biasanya) pembungkusan botol kecil.
Pokok Lemon biasa tumbuh di daerah beriklim sub tropika kerana pokok Lemon tidak tahan dengan cuaca sejuk. Tinggi pokok boleh mencapai ukuran 6 meter.

Negara-negara yang banyak menanam limau diantaranya Sepanyol, Portugal, Argentina, Brazil, Amerika dan negara-negara di sekitar Laut Tengah.

Tumbuhan Lemon sesuai untuk daerah beriklim kering dengan musim sejuk yang relatif hangat.
Suhu yang sesuai untuk limau agar dapat tumbuh dengan baik adalah antara 15-30 ° C (60-85 ° F)
FAKTA SECAWAN AIR LEMON


Lemon sarat dengan pelbagai faedah terutamanya vitamin C yang tinggi.
Secawan jus lemon segar menyediakan 187 peratus vitamin C yang diperlukan badan.
Jus lemon juga mempunyai kalsium, magnesium dan tembaga.
Berikut adalah fakta secawan air lemon
61 kalori
3 gram protein
6 gram gula 
0 gram lemak
112 miligram vitamin C (187 peratus DV)
303 miligram kalium (9 peratus DV)
31.7 mikrogram folat (8 peratus DV)
0.1 miligram vitamin B6 (6 peratus DV)
0.1 miligram thiamin (5 peratus DV)
0.1 miligram tembaga (4 peratus DV)
1 gram serat (4 peratus DV)
14.6 miligram magnesium (4 peratus DV)
0.4 miligram vitamin E (2 peratus DV)
.
Nota: DV=Daily Value

8 KHASIAT LEMON YANG TERBONGKAR

1. Mengurangkan hipertensi (tekanan darah tinggi)
2. Mengurangkan Risiko Kanser
3. Mengurangkan simptom asma
4. Mengurangkan selsema dan batuk
5. Menambahkan kekuatan sistem kardiovaskular
6. Membantu dalam mengawal diabetis
7. Efektif di dalam penyembuhan katarak
8. Mencegah Skurvi